Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


black paper sos
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
black paper sos



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 6-Nov-2007 01:01
Open House 3 November 2007
Sabtu lepas buat open house..menu:

Ayam BBQ
Coleslaw
Potato Salad
Mash Potato
Nasi Impit
Kuah Kacang
Rendang Ayam
Triffle
Dadih Vanila

Tp tak sempat nak posing ngan sume food..
so layan je la ape yg sempat ye...









ni resepi nye:

AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat] -5 ekor/trip

Bahan B [Mesin Halus]
2 tapak tangan halia muda
5 labu bawang putih
5 ulas bawang besar
2 s/b lada hitam
3 s/b jintan manis + putih
1 s/b ketumbar
9 batang serai (blend asing)

Bahan C
1 s/b paras garam (untuk 5 ekor)
5 s/b kicap manis
3 s/b madu
1 s/b kunyit serbuk
3 s/b sos tiram

Cara
1. Ayam dibersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Bakar


SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
1 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
2 kiub ayam knorr
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan air
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan kiub ayam yg da dibancuh.
3. Bila dah pekat masukkan lada hitam, lada putih dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

Homemade Coleslaw

Bahan-Bahan:
Sebiji kobis (dihiris halus)
sebatang karot (hiris halus)
garam dan gula secukup rasa
1 camca teh cuka
mayonis

Cara:
gaulkan kobis dan carrot yang telah dihiris halus bersama sebotol mayonis dalam sebuah mangkuk. masukkan sedikit garam dan gula bersama cuka. gaulkan sehingga sebati. simpan dalam peti sejuk selama sejam supaya ia lebih mesra dan hidangkan terus selepas dikeluarkan dr peti ais.

Mash Potato

Bahan-Bahan:
5 kentang sederhana besar
Kiub ayam knorr (bancuh ngan air untuk jd kn stok ayam)
Tepung jagung
Cara:
Kentang dibuang kulit dan direbus dengan garam sehingga empuk,
kemudian kentang dilenyek campurkan lada sulah dan stok ayam, kemudian rasa.

Kuahnya:
Panaskan mentega, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga bertukar menjadi perang, kemudian masukkan lebihan stok ayam tadi.

Potato Salad

Bahan-Bahan:
8 biji kentang sederhana (direbus)
1 botol kecil mayonaise
1 biji bawang besar putih
serbuk white pepper

Cara:
1) Kentang dan telur direbus bersama. Masak sehingga empuk . sambil itu mayang bawang halus.
2) kentang yg sudah masak dibuang kulit dan dipotong dadu.
3) masukkan telur,bawang dan kentang dalam satu bekas @ mangkuk. kemudian masukkan mayonaise dan kacau sebati..
4) akhir sekali masukkan white pepper. kacau sebati.




© Pidgin Technologies Ltd. 2014.